Biografi Lucy Gray (aktivis)

Lucy Gray merupakan seorang pelajar di Sekolah Tinggi Cashmere[5] sebelum beliau berpindah ke Sekolah Ao Tawhiti yang terletak di Christchurch[6] Beliau merupakan pengerusi kebangsaan School Strike 4 Climate dan bertanggungjawab untuk menganjur aktiviti dan perarakan pelajar untuk perubahan iklim.[7][8] Beliau telah menganjurkan tiga tunjuk perasaan pada tahun 2019, yakni pada 15 Mac (dibatalkan atas sebab keselamatan ekoran daripada serangan pengganas Masjid Cristchurch), 24 Mei,[1] dan 27 September.[9][10] Protes yang keempat telah diadakan di dalam talian pada Mei 2020 apabila kerajaan New Zealand melaksanakan perintah kawalan di negara tersebut disebabkan oleh pandemik COVID-19.[11]

Pada Mei 2019, Gray bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern untuk membincangkan rancangan kerajaan untuk menangani krisis perubahan iklim.[7][12] Beliau telah berucap di Hari Pemimpin Belia Kebangsaan 2019,[13] Festival For the Future 2019,[14] dan TEDx Youth@Christchurch.[15] Pada awal tahun 2020, beliau merupakan salah seorang pembaca di acara 1.5 Degrees Live!.[16] Beliau turut merupakan pengucap utama di Persidangan Matlamat Pembangunan Mampan New Zealand Aotearoa 2020-2021 yang dianjurkan di dalam talian.[17]

Gray menamakan Greta Thunberg, aktivis perubahan iklim berbangsa Sweden, sebagai salah seorang suri teladannya.[1] Beliau turut merupakan penggubal lagu protes perubahan iklim, "Rise up".[18]

Rujukan

WikiPedia: Lucy Gray (aktivis) https://www.festivalforthefuture.co/festival-2019 https://tedxyouthchristchurch.com/lucy-gray https://latitudemagazine.co.nz/climate-change-prot... https://www.odt.co.nz/star-news/star-christchurch/... https://www.odt.co.nz/star-news/star-schools/cashm... https://www.rnz.co.nz/news/national/389910/student... https://www.stuff.co.nz/environment/climate-news/1... https://www.stuff.co.nz/environment/climate-news/1... https://www.stuff.co.nz/environment/climate-news/1... https://www.stuff.co.nz/environment/climate-news/1...